Pengenalan Darul Ulum Ihya Ulumuddin
Gambar kelas alim(lelaki)
Bersyukur Kehadrat ilahi dan dengan izin dari Allah S.W.T dapat mendirikan pusat pengajian agama islam pada 9 syawal 1415 bersamaan 1 March tahun 1995 dengan membuka bahagian lelaki, Pada tanggal 2000 darul ulum melangkah setapak lagi dengan membuka bahagian wanita yang merangkumi dua bahagian pengajian…
Pertama: bahagian hafalan Al-quran
Kedua: bahagian ilmu diniah (usuluddin)
Lokasi kelas dan asrama alim dan tahfiz
Lokasi kelas dan asrama pelajar 'Alim dan tahfiz (lelaki)
di No. 197, Lorong Datok Keramat ,
Jln Langgar, Alor Setar, Kedah.Darul Aman, MalaysiaLokasi kelas dan asrama pelajar Alimah dan Hafizah (wanita)
Di No. 74 A, batu 4 ½, jalan. langgar ,
06500 ,Alor Setar , Kedah Darul Aman, Malaysia
Ust Mohamad (Mudir): 017-5916566
Ust Mohd Waliyallah : 012-4667684
Matlamat Penubuhan
1. Melahirkan para Alim dan Alimah yang bertaqwa, berketerampilan, di
iktiraf selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
2. Untuk
melahirkan para pelajar yang berakhlak mulia dengan berpandukan kepada
ajaran Al-Quran dan kehidupan baginda Rasulullah SAW dan mereka juga
dibimbing supaya menjadi seorang insan yang benar-benar beriman dan
bertaqwa kepada Allah SWT.
3.
Melahirkan pelajar yang dapat memberi manafaat kepada masyarakat serta
dapat mengorbankan diri, harta untuk agama Allah kepada Ummat.
Organisasi Darul Ulum
Darul Ulum Ihya Ulummudin ditadbirkan oleh seorang mudir dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang tertakluk kepada satu Lembaga Pengelola yang dilantik mengikut sistem syura berdasarkan kepada syarat-syarat tertentu.
Darul Ulum Ihya Ulummudin ditadbirkan oleh seorang mudir dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang tertakluk kepada satu Lembaga Pengelola yang dilantik mengikut sistem syura berdasarkan kepada syarat-syarat tertentu.
Sejarah
Kira-kira lima belas tahun dahulu iaitu pada 1/Mac/1995 tertegaklah sebuah Madrasah yang diberi nama Maahad Tahfiz Ihya Ulumuddin, Kemudian pada tahun 2002 dinaik taraf dan diberi nama Darul Ulum Ihya Ulummudin,ia di bangunkan diLot
74- A , Jln.Langgar Alor Setar,Kedah. Pada mulanya Darul Ulum mempunyai
satu bangunan yang sangat usang tetapi atas usaha yang gigih oleh mudir
darul ulum Maulana Muhammad Abdul Khadir AnNadwi serta
dari bantuan dan doa orang ramai dapatlah Darul Ulum melangkah
selangkah demi selangkah untuk meneruskan impian Darul Ulum, iaitu
mengeluarkan pelajar-pelajar yang mempunyai kualiti dan sedia untuk
berkidmat kepada masyarakat setiap masa.
Pada
mulanya Darul Ulum mempunyai hanya sepuluh orang pelajar sahaja, Atas
doa orang ramai Darul Ulum telah mengeluarkan pelajar-pelajar yang
mampu memberi bakti kepada masyarakat.
InsyaAllah
, DarulUlum Ihya Ulumuddin ini akan terus berkembang hingga meningkat
menjadi sebuah pusat pendidikan ilmu Islam yang unggul pada suatu hari
nanti.
Darul
Ulum ini juga diasaskan atas dasar menghidupkan ilmu agama Islam secara
teperinci, Memupuk dan membimbing kearah pertubuhan akhlak yang
cemerlang, Mewujudkan generasi yang memeliki akhlak yang mulia dan
meletakkan islam sebagai cara hidup.
Tenaga Pengajar
Seramai 22 tenaga pengajar sepenuh masa mengajar di Darul Ulum ini yang dibiayai oleh hasil sumbangan dari pihak-pihak tertentu dan kutipan yuran pelajar yang digunakan untuk urusan keperluan pelajar dan pentadbiran Darul Ulum ini
Mata pelajaran Di Darul Ulum
Peringkat Ibtidai
1) Asas Nahu Bahasa Arab (Hafalan di utamakan)2) Asas Ilmu Sorof (hafalan di utamakan)
3) Asas Ilmu Tauhid (hafalan di utamakan)
4) Insyak - Karangan Dalam Bahasa Arab (hafalan di utamakan)
5) Asas Tajwid
6) hafalan Surah-surah Pilihan
Peringkat Thanawi
2) Pengajian Ilmu Sorof
3) Ilmu Fiqah
4) Ilmu Kalam
5) Pengajian Hadith Nabawi
6) Insyak
7) Mutalaah Arabiah
8) Pengenalan Sastera Arab
9) Asas Usul Ilmu Hadith (hafalan Di utamakan)
Peringkat Al'Aliah
1) Pengajian Tafsir Al-Quran
2) Pengajian Hadith Nabawi
3) Pengajian Ilmu Fiqah
4) Pengajian Usul Fiqah
5) Pengajian Usul Hadith
6) pengajian Usul Tafsir
7) Ilmu Balaghah , Bayan Badi'
8) Sejarah Islam (Bahasa Arab)
9) Pengajian Sastera Islam
10) Falsafah Islam
11) Manthiq
12) Maqalah (tesis)
Bahagian Kedua
Pengajian Qismu Tahfizil Quran mengandungi empat peringkat iaitu:
1-Peringkat Nazirah - melancar dan memperbetulkan
bacaan dari sudut makhraj dan tajwid dalam tempoh
enam bulan.
2-Peringkat Hafiz - menghafal 30 juz Al Quran dalam
tempoh tiga tahun.
3-Peringkat Daur - mengulang dan memantapkan
hafalan dalam tempoh 1 tahun.
4-peringkat syhadah pelajar perlu mengkhatamkan al-quran 30 juz
dalam masa satu hari dengan menghafalnya
Ulasan
Catat Ulasan