Madu Atau Racun Apabila Belajar Agama Melalui Internet?
Ada satu artikel penting yang saya ingin kongsikan.
OLeh : Ustaz Zulramli M. Razali
Baik : Mudah dan cepat mendapat maklumat
Buruk : Mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak benar atau mengandungi propaganda
Baik : Banyak alternatif
Buruk : Terlalu banyak pilihan sehingga keliru untuk memilih mana yang paling betul dan terbaik.
Baik : Dapat menambah ilmu tanpa perlu bersusah payah ke majlis pengajian di masjid atau surau
Buruk : Cenderung meninggalkan cara menuntut ilmu yang sebenar iaitu dengan cara bertalaqi dan berguru di majlis-majlis pengajian di masjid atau surau. Diri tidak rasa pun perlu untuk semua ini kerana seperti urusan seharian pun boleh diselesaikan melalui internet. begitulah juga penguasaan ilmu boleh diselesaikan melalui jalan yang sama. Masjid dan surau akan kosong sedangkan berada di masjid dan surau merupakan anjuran Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Ia merupakan syiar agama dan kekuatan umat.
Baik : Boleh terlibat dengan perbahasan ilmiah lagi mendalam
Buruk : Mereka yang tidak punya asas dalam sesuatu bidang tetapi meminati bidang tersebut turut terlibat sedangkan dia tidak memiliki kefahaman asas dalam bidang yang dibincangkan itu. Ini menjadikan dia lari dan kefahaman yang sebenar kerana tiada pembimbing sebagai rujukan.
Baik : Dapat terus merujuk kepada sumber dengan mudah.
Buruk : Tidak dapat dipastikan kesahihan sumber. Di samping itu, mudah terdedah kepada pemberi maklumat atau ilmu yang tidak amanah, dengan menukar sumber asli mengikut kehendak sendiri.
Baik : Dapat terus pergi kepada masalah yang ingin diketahui seperti dalam soal hukum-hakam
Buruk : Belajar tidak mengikut kaedah yang betul sehingga tidak tahu mana kaedah yang paling sahih dalam memahami hukum tersebut. Membentuk pemikiran cacamarba dalam memahami ilmu agama.
Baik : Dapat mengetahui banyak pandangan ulama-ulama, tidak terikat dengan satu pandangan semata-mata.
Buruk : Gagal membuat kesimpulan yang betul kerana tidak memiliki dan mendalami ilmu usul fiqh dan feqah sehingga mencampur-aduk perbahasan ulama sesuka hati tanpa menggunakan kaedah yang tepat. Hakikatnya, setiap ulama itu mempunyai kaedah tersendiri dalam menerbitkan sesuatu hukum.
Sumber : Majalah Q&A Bil 3, m/s 22
bagaimana sikap kita terhadap Ilmu yang ada di Internet.
BalasPadam1. hanya bersandar kepada Allah kita selalu memperoleh petunjuk dari Allah, mana yang salah mana yang benar, dalam memahaminya(ingat haq atau kebenaran hanya ditangan Allah )
2. positifkan apa yang kita baca (ulil AlBab) atau tidak cepat praduga salah ( Insya Allah yang menunjuki kebenaran itu)
3. ingat tak ada orang benar yang pandai didunia ini, kecuali hanya orang yang memegang tali Allah AlQuran dan sunnahnya
( Ali Imran, : qul inkuntum tuhibbunallah fattabiuuni, yuhbibkumullah.
ingat manusia hanya wajib belajar, yang menunjuki kebenaran hanya Allah
4. belajar dan manfaatkan internet banyak sekali pengetahuan yang didapat, tinggal tanya kepada yang tahu bila kita tidak tahu ( inter aktiv kepada orang yang lurus Diinnya (warrasyikhuuna fil ilmi yaquuluuna amannaa bihi)